KUALA TERENGGANU 26 Mei - Seramai 500 orang pegawai eksekutif maklumat (EIO) akan ditempatkan di sekolah-sekolah rendah seluruh negeri bagi melicinkan pelaksanaan program buku elektronik atau e-Book.
Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Sumber Manusia negeri, Ahmad Razif Abdul Rahman berkata, bagi peringkat pertama seramai 135 orang EIO telah dilantik dan ditempatkan di sekolah-sekolah.
Menurutnya, baki seramai 350 orang akan diambil bertugas tidak lama lagi.
''Seramai 18 pegawai teknikal juga akan diambil bertugas untuk melaksanakan program ini.
''Kita melatih pegawai yang khusus untuk mengendalikan e-Book. Sebarang kerosakan atau masalah e-Book boleh dirujuk kepada mereka," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pelancaran e-Book di Sekolah-Sekolah Negeri Terengganu hari ini yang disempurnakan Menteri Besar, Datuk Ahmad Said di Dewan Sultan Mizan, Universiti Malaysia Terengganu (UMT) di sini hari ini.
Menurut Ahmad Razif, pelaksanaan program e-Book ini berikutan keprihatinan kerajaan negeri dengan keperluan pendidikan semasa.
Katanya, penggunaan e-Book akan mengubah landskap pendidikan di Terengganu dengan memberi lonjakan hebat terhadap penggunaan teknologi maklumat (IT) di kalangan murid sekolah.
''Usaha ini diyakini mampu mencapai impian kita untuk menjadikan Terengganu sebagai 'Anjung Ilmu' pada masa hadapan," katanya.
Wednesday, May 27, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment