Thursday, June 18, 2009

Agihan e-Book selesai penghujung Jun

KEMAMAN - Pembahagian komputer riba kepada 23,000 murid Tahun Lima di seluruh sekolah rendah di negeri ini akan diselesaikan sehingga penghujung bulan ini bagi memastikan hasrat kerajaan negeri melahirkan generasi baru celik teknologi maklumat (IT) tercapai.

:Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said berkata, pembahagian e-Book di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kijal pertama kali diadakan bagi kawasan Kemaman membabitkan 722 penerima dari 10 buah sekolah, di sini.

:“Kita akan selesaikan secepat mungkin, dijangka akhir bulan ini semuanya selesai dan murid boleh menggunakannya kerana semuanya sudah disediakan dengan lengkap.” katanya kepada pemberita.

:Beliau berkata demikian selepas selesai Majlis Penyerahan e-Book dan Bantuan Pakaian Seragam di Dewan Sekolah Kebangsaan (SK) Ibok, Kijal.

:Menurut Ahmad, melalui sistem ‘Virtual Class’, murid akan dibawa mendalami ilmu IT dengan pengawasan sepenuhnya oleh guru.

:“Tidak timbul soal murid bermain ‘games’ menggunakan komputer riba ini, terpulang kepada kawalan guru dan ibu bapa.

:"Melalui sistem ‘Virtual Class’, jutaan ringgit telah dibelanjakan dan kami akan sentiasa mengemas kini sistem itu dari masa ke semasa.

:“Kerajaan negeri juga merancang membina kilang komputer milik sendiri pada tahun depan dengan peruntukan RM8 bagi merealisasikan hasrat ini,” katanya.

:Menurut Ahmad, ia adalah bukti keprihatinan kerajaan negeri bagi memberikan yang terbaik kepada murid tanpa mengira latar belakang dan agama.

:“Kerajaan negeri juga telah membelanjakan RM34 juta untuk tujuan ini, justeru, kita harus bangga kerana Terengganu satu-satunya negeri menggunakan kaedah ini selepas Venezuala dan Portugal,”katanya.

:Ditanya mengenai isu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia tidak patut melengahkan siasatan ke atas dua ‘Datuk’ yang dikatakan terbabit dengan rasuah berhubung pembinaan Lebuhraya Lingkaran Tengah 2, beliau enggan mengulas lanjut mengenai isu berkenaan.

:“Saya ’no komen’, begitu juga dengan isu Chin Peng, saya tidak mahu mengulas panjang, bagi saya itu sejarah pahit yang menyebabkan ramai orang terkorban ketika zamannya.

:“Dia memang seorang yang tidak bertanggungjawab,”katanya. Sinar

Tuesday, June 16, 2009

Students to receive e-books by end of month

KEMAMAN; Tues: More than 23,000 primary five students from 100 primary schools in Terengganu will receive laptops to replace textbooks at the latest by end of the month.
Terengganu Menteri Besar Datuk Ahmad Said said state executive councillors and assemblymen would start the distibution this week in their respective constituencies.

"We will do this as soon as possible, starting with 772 primary five students in 10 schools in the Kijal constituency," he told reporters after attending a ceremony to present e-books and aid for school uniforms at Sekolah Kebangsaan Ibok, Kijal, here today.

Ahmad said to ensure effective use of the e-books and to prevent misuse, the state government would work with Intel to develop a system to monitor their learning.

"When a teacher is teaching, they will have a device to control and monitor their students'' computers. This means during a mathematics lesson, even if the student is not interested they cannot open up to another subject," he said. - BERNAMA

Yayasan Terengganu Taja 100 Pelajar Ikuti Pengajian Perubatan

KUALA TERENGGANU, 16 Jun (Bernama) -- Yayasan Terengganu (YT) akan menaja 100 pelajar dari kalangan anak negeri untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan di luar negara tahun ini.

Pengarahnya Mohd Kamaru Al-Amin Ismail berkata pelajar-pelajar itu akan dihantar untuk mengikuti pengajian tersebut di Rusia dan Mesir Oktober ini.

"Proses memilih calon untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan di dua buah negara itu sudah selesai. Namun mereka perlu terlebih dahulu mengikuti kursus bahasa berkaitan dan tata negara," katanya di sini Selasa.

Beliau berkata sehingga ini, Yayasan Terengganu menaja 261 pelajar anak negeri untuk mengikuti pengajian perubatan di luar negara, dengan 78 darinya ke Rusia, Ukraine (38), Indonesia (65) dan Mesir (80).

Menurutnya pihak Yayasan membelanjakan RM30 juta bagi membiayai pengajian pelajar-pelajar berkenaan bagi tempoh enam tahun.

Mohd Kamaru Al-Amin berkata kerajaan negeri merancang untuk menghantar antara 100 dan 150 pelajar anak negeri untuk mengikuti pengajian perubatan sama ada di dalam dan luar negara setiap tahun.

"Matlamat kami ialah untuk memastikan jumlah pegawai perubatan dalam negara mencukupi pada masa akan datang," katanya.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata mulai tahun ini, Yayasan Terengganu sedang bekerjasama dengan syarikat Asia Pasific di Kota Bharu, Kelantan untuk melatih 20 anak Terengganu selama setahun untuk menjadi juruterbang.

-- BERNAMA

Yayasan Terengganu Taja 100 Pelajar Ikuti Pengajian Perubatan

KUALA TERENGGANU, 16 Jun (Bernama) -- Yayasan Terengganu (YT) akan menaja 100 pelajar dari kalangan anak negeri untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan di luar negara tahun ini.

Pengarahnya Mohd Kamaru Al-Amin Ismail berkata pelajar-pelajar itu akan dihantar untuk mengikuti pengajian tersebut di Rusia dan Mesir Oktober ini.

"Proses memilih calon untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan di dua buah negara itu sudah selesai. Namun mereka perlu terlebih dahulu mengikuti kursus bahasa berkaitan dan tata negara," katanya di sini Selasa.

Beliau berkata sehingga ini, Yayasan Terengganu menaja 261 pelajar anak negeri untuk mengikuti pengajian perubatan di luar negara, dengan 78 darinya ke Rusia, Ukraine (38), Indonesia (65) dan Mesir (80).

Menurutnya pihak Yayasan membelanjakan RM30 juta bagi membiayai pengajian pelajar-pelajar berkenaan bagi tempoh enam tahun.

Mohd Kamaru Al-Amin berkata kerajaan negeri merancang untuk menghantar antara 100 dan 150 pelajar anak negeri untuk mengikuti pengajian perubatan sama ada di dalam dan luar negara setiap tahun.

"Matlamat kami ialah untuk memastikan jumlah pegawai perubatan dalam negara mencukupi pada masa akan datang," katanya.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata mulai tahun ini, Yayasan Terengganu sedang bekerjasama dengan syarikat Asia Pasific di Kota Bharu, Kelantan untuk melatih 20 anak Terengganu selama setahun untuk menjadi juruterbang.

-- BERNAMA

Wednesday, June 10, 2009

Rural students will need help

NST Online » Local News
2009/06/10

KUALA TERENGGANU: Despite impressive showings in public examinations over the past five years, Terengganu-based school administrators were sceptical that students, especially those in rural areas, were ready for English to be made a compulsory passing subject at the Sijil Pelajaran Malaysia level.

Terengganu has, for some years now, been the best performing state for the Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) and Sijil Tinggi Persekolahan (STPM) examinations, but school administrators argued that their top scorers were usually from residential schools or schools located in major towns.

A senior school administrator said students from the East Coast, especially Terengganu and Kelantan, were the most likely to suffer should the new ruling be enforced as generally, the language was less used in school and homes compared to other parts of the country.

"It's not a level playing field for them, especially for the Malay rural students. It never has been."

SK Seberang Marang headmaster Mohd Ali said the idea was a good one but only if rural students were ready for it.
"For them to be ready, they must be provided with better facilities, such as competent teachers and more opportunities to use the language."

SK Durian Burung Parent-Teacher Association chairman Mohd Noor Ashaari expressed concern the ruling would create a bigger problem -- a sharp drop in people who qualify for entry-level government jobs.

"For example, to apply for an entry-level job with the government, such as the army or police, they need a basic SPM certificate. If students fail their English and do not get this basic certificate, how will these jobs be filled?"

Mohd Noor suggested that the ministry produce enough competent English teachers first.

In Pahang, SMK Sungai Lembing headmaster Baharudin Abdullah said the idea would be successful if rural pupils were given extra English classes.

"Our tuition programme showed positive results as it allowed our pupils, who are mostly farmers' children, the chance to converse in English," he said.

He, however, welcomed the idea of making English a compulsory pass subject as he felt it would encourage the rural pupils to strive harder.

"They can do it. They just need more attention and since they can't afford tuition, the schools will have to provide it for them."

Senoi Orang Asli parent Karim Bunyamin, 49, from Sungai Dua Orang Asli settlement in Karak, admitted to having limited English but hoped his six children will have a better chance of mastering the language.

"I worry that if English is made compulsory, they will fail and will not get the certificate. I hope the government will focus on helping Orang Asli pupils get extra attention in school," he said.

English teacher Woo Eu Suan of SMK Seri Mahkota in Kuantan said the idea might work but hoped the government would provide more incentives for English teachers sent to rural areas.

Sunday, June 7, 2009

Other languages may be used in e-books

Friday June 5, 2009
Other languages may be used in e-books

KUALA TERENGGANU: The Terengganu government is studying the option of incorporating Arabic, Mandarin and other Asian languages as a holistic learning tool in its recently-introduced digital textbooks or e-books for primary school pupils.

Mentri Besar Datuk Ahmad Said told Star Metro that the state would seek the expertise of linguists in adding the language options into the e-books.

“We hope to provide a wide-range of language syllabuses for our pupils through this inclusion,” he said.

The e-books are expected to replace school bags for 25,000 Year Five pupils in Terengganu. The first batch of 15,000 pupils in Primary Five will receive the e-books after the June school break.

Ahmad said the state hoped to provide a conducive learning environment through the e-books.

“The e-books will be crucial for pupils to keep pace with the magnitude of global information and communication technology,” he added.

Ahmad said the e-books would give comprehensive coverage on the study of Islamic study.

They will be distributed statewide by the respective district education officers to the Year Five pupils on June 14.

The state has invested RM15mil in the e-book scheme as a long-term plan to mould computer literacy in primary school pupils.

Ahmad said the scheme would be similar to the free text book programme as the pupils were required to return the e-books at the end of the school session in November. star

Friday, May 29, 2009

Corak murid kuasai bidang IT

Oleh NOR AZIAH JAAFAR
utusanterengganu@utusan.com.my


Ahmad Said meninjau para pelajar menggunakan e-Book yang menggantikan buku sekolah pada Majlis Pelancaran e-Book di Sekolah-Sekolah Negeri Terengganu di Dewan Sultan Mizan, Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Kuala Terengganu, semalam.

KUALA TERENGGANU 27 Mei - Langkah Terengganu memperkenalkan penggunaan buku elektronik atau e-Book di kalangan murid sekolah rendah adalah bagi mencorakkan bidang pendidikan di negeri itu mengikut arus perubahan dunia.

Menteri Besar, Datuk Ahmad Said berkata, penggunaan e-Book akan mengubah landskap pendidikan di Terengganu dengan memberi lonjakan hebat terhadap penguasaan teknologi maklumat (IT) di peringkat awal persekolahan lagi.

Ini kerana jelasnya, definisi negara maju seperti yang digariskan oleh Kesatuan Eropah (EU) kini telah berubah iaitu bukan berdasarkan keluasan dan hasil bumi, sebaliknya mempunyai masyarakat yang inovatif, kreatif serta bermaklumat melalui penguasaan dalam IT.

''Hal ini jelas kelihatan pada dunia hari ini yang mana tiada aspek kehidupan yang tidak terlibat dengan teknologi ini.

''Memandangkan perkembangan yang sudah pasti menjadi pemangkin kemajuan sesebuah negara pada masa akan datang, Terengganu memutuskan untuk memberi tumpuan kepada bidang pendidikan dengan mencorakkannya mengikut arus perubahan dunia melalui penggunaan e-Book,'' ujarnya.

Beliau berucap pada Majlis Pelancaran e-Book di Sekolah-Sekolah Negeri Terengganu di Dewan Sultan Mizan, Universiti Malaysia Terengganu (UMT) di sini semalam.

Menurut Ahmad, kerajaan negeri yakin prasarana yang kondusif adalah penting bagi melahirkan pelajar yang bukan sahaja cemerlang dalam akademik, tetapi turut membangun minda serta sahsiahnya.

Sebagai langkah pertama jelasnya, sebanyak 25,000 e-Book yang dilengkapi perisian buku-buku teks serta al-Quran, doa dan amalan solat akan diagihkan secara percuma kepada murid tahun lima bermula semalam.

Katanya, ia akan diikuti agihan kepada murid tahun empat, tiga, dua dan satu selepas ini.

''Kerajaan Terengganu akan membelanjakan kira-kira RM30 juta setahun untuk menyediakan e-Book kepada semua murid sekolah rendah.

''Walaupun kosnya tinggi, kita melihat program ini sebagai satu pelaburan jangka panjang yang hasilnya nanti akan melahirkan anak-anak Terengganu yang celik komputer seawal bangku sekolah," ujarnya.

Selepas e-Book jelasnya, kerajaan Terengganu akan membangunkan komputer riba sendiri untuk diagihkan kepada pelajar sekolah menengah pula di kilang yang didirikan di Gong Badak dengan kerjasama Intel.