Thursday, June 18, 2009

Jangan salah guna kemudahan e-book

KUALA TERENGGANU – Usaha kerajaan negeri menyediakan kemudahan buku elektronik atau e-book kepada pelajar bagi menggantikan sepenuhnya penggunaan buku teks di sekolah, adalah langkah baik, seiring zaman teknologi komunikasi dan maklumat (ICT) pada masa kini.

Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sekolah Menengah Kebangsaan Panji Alam, Hamzah Mohd Zin berkata, bagi memastikan keberkesanan penggunaan e-book itu, pelajar perlu mendapat pendedahan terlebih dahulu supaya mereka memahami penggunaannya.

“Guru perlu memastikan pelajar mengetahui selok -belok cara menggunakan buku elektronik ini bagi memastikan mereka tidak ketinggalan ketika proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung.

“Bagaimanapun, pemantauan dari masa ke semasa perlu dilakukan. Ia penting supaya e-book tidak disalahgunakan pelajar," katanya.

Menurut Hamzah, buku elektronik itu boleh mengakses pelbagai maklumat yang tidak ditapis di internet dan dikhuatiri pelajar mengambil kesempatan mengakses informasi tidak berfaedah.

“Justeru, saya berharap supaya penggunaan kemudahan e-book dapat dilakukan secara efektif bagi membantu melahirkan pelajar celik teknologi maklumat," katanya. Sinar

No comments:

Post a Comment